Untuk lebih mengenali En. Hafizul Hakim boleh layan Public Gold Sarawak.
Investment
Investment terbahagi kepada dua jenis, pertama Paper Investment dan kedua physical Investment. Contoh paper Investment adalah ASB, Tabung Haji & Mutual Fund. Physical Investment seperti emas, perak dan platinum. Not sure kalau ada jenis lain lagi.
![]() |
| Duit baru. bila nak klua ni? |
Setiap investment ada nilai keuntungan. Contohnya, ASB kebiasaannya adalah 8% setahun. Kalau Tabung Haji dalam 5% setahun. Untuk emas, kebiasaannya antara 25%-45% setahun. Anggaran adalah 30% setahun. Cara perbezaan adalah antara nilai tertinggi pada tahun tersebut dengan nilai terendah pada tahun tersebut.
![]() |
| Percentage Bonus ASB |
Bagusnya emas ni, kita boleh bawa ke mana2, dengan menaiki flight dan tidak kira berapa nilai kita bawa. Nak bawa 5kg emas pun boleh. Tapi tidak dengan wang. Duit kita tak boleh bawa lebih RM10 ribu cash in hand (tak silap aku). Ianya juga tidak menjadi masalah untuk kita ada berapa kg pun emas. Dengan syarat, jika sampai nilai 85g emas yang tidak dipakai atau digunakan, hendaklah dibayar zakat setelah genap setahun emas tersebut berada dalam tangan. Nilai zakat hanyalah 2.5% setahun dari nilai emas.
![]() |
| Bilik aku ^^ |
Matawang
Matawang adalah medium of exchange, Unit of acc, ianya mudah alih, divisible, durable dan tangible (ada nilai). Manakala emas pula, ada semua perkara di atas tapi ditambah dengan Store of Value. Kenapa ada store of value? Ini kerana nilai emas akan terus naik dan naik dan naik...
Beza mudah wang dan emas
Duit ada susut nilai. Apa yang dimaksudkan dengan susut nilai? Ambil contoh mudah. Hari ini kita beli ayam 5 ketul dengan nilai RM10. Maknanya, seketul ayam berharga RM2.00. Minggu depan, harga naik, dengan 4 ketul dengan nilai RM10. Maknanya harga ayam seketul sudah bernilai RM2.50. Ini adalah susut nilai pada duit kita.
| lapar lak tengok ayam goreng nih... |
Ini tidak terjadi pada emas. Semasa zaman Nabi lagi, Dinar emas sudah mula digunakan. Harga seekor kambing pada zaman Nabi bernilai 1 dinar. Hari ini, kita masih boleh membeli kambing dengan nilai 1 dinar. 1 dinar = RM741.00 (harga semasa). Korang juga boleh baca kisah ni: Bukti Kuasa Beli Emas (Dinar) & Perak (Dirham) kalis inflasi dari Al-Quran dan Hadis
![]() |
| Pinjam gambar Hafizul. Bukti beli kambing dengan 1 dinar. Hafizul yang jejaka hensem baju putih |
Tapi jika kita membeli kambing menggunakan duit, mungkin dulu kita dapat beli kambing dengan harga RM100. Tapi hari ini, kambing sudah bernilai RM700-800 seekor. Mustahil dapat beli kambing dengan nilai RM100 lagi. Kecuali org jual tu nak sedekah lagi RM600. ^^
Selain itu, kalau kita bawa duit RM10.00, dan pergi bercuti ke Indonesia, mereka tentu tidak mahu terima jika tidak ditukar dengan rupiah. Tapi emas, kita bawa sahaja ke mana2 negara, tetap diterima.
![]() |
| adakah rupee adik beradik dengan rupiah? |
Kita juga tidak menjadi kesalahan untuk menyimpan berapa banyak emas pun. Hanya kita saja yang tahu brapa banyak emas kita ada. Tapi kalau kita menabung di bank, sudah tentu bank akan tahu nilai wang kita.
Faktor turun naik harga emas
Faktornya adalah Weakening of USD dan berapa banyak orang beli emas. Kalau dolar US jatuh, harga emas akan naik. Begitu juga semakin banyak orang beli, tinggilah harga emas. Sebab itu harga emas semakin naik.
USD semakin jatuh sejak Obama memerintah. Sebenarnya sejak zaman George W. Bush lagi. Tapi hutang zaman Obama telah mencapai USD15trillion!!! Kenapa banyak sangat? Sebab perang. Nak perang perlu senjata, kenderaan perang, askar. Tak cukup duit, cetak lagi duit. Aku rasa, US dah cetak duit bawah pokok pisang kot. Sama masa zaman perang dulu... ^^
![]() |
| oh, banyaknya utang aku dah buat... |
![]() |
| Kepada sesiapa yg tak pernah tengok duit daun pisang, ni la duit masa zaman moyang ngan nenek2 kita dulu |
Kenaikan emas sangat mendadak. Jika dilihat graf dari 2000-2009, darjah kenaikan emas dalam 25-30 darjah. Tapi sejak Obama 'memerintah', graf kelihatan sehingga 60 darjah! Naik bukit tak lepas... kereta mengundur balik ke belakang.
![]() |
| tengok graf lepas 2009 sangat mendadak! |
(Selingan: Jeddah buat kilang emas paling besar di dunia!)
Hutang US sekarang, hanya mampu banyak interest je. Pokok pun tak dapat setel lagi. Even kumpulkan harta jutawan US (Trump & Zuckerberg) belum tentu dapat bayar USD1 trillion.
Harga emas
Harga emas sekarang adalah sekitar RM170/g (harga emas mentah). Tapi menjelang 2020, harga emas dijangka meningkat kepada RM503/g! kenaikan sebanyak RM333 dalam tempoh 8 tahun! Wow!!! Boleh refer di Emas dijangka RM503/gram pada tahun 2020.
Jika sekarang ini anda mempunyai mempunyai 5-6kg emas, anda seorang jutawan. Tapi pada tahun 2020 nanti, cukup emas 2kg telah menjadikan anda jutawan.
Ketulenan emas
Terdapat beberapa ketulenan emas. Yang paling tinggi adalah 999. Yang paling popular (bagi aku) adalah 916. Ini kerana, barang kemas dibuat dengan emas 916 dan orang pompuan suka beli barang kemas. Selain itu, ada juga emas 850 dll.
Bagaimana nak tahu ketulenan emas? Bawa ke tempat2 yang ada sediakan alat ketulenan emas. Nama alat tu Mesin Desimeter. Antara tmpat yang ada, yang aku tahu, PG dan Bank Rakyat.
Apa tu 999? 999 tu adalah 99.9% adalah emas. 0.1% lagi mungkin bahan lain seperti copper/silver. Kalau 916 adalah 91.6% adalah emas.
Bila nak beli & jual
Untuk tempoh short term adalah mudah. Beli emas antara Januari hingga April dan jual balik antara Ogos hingga November. So, masa tu mungkin akan mendapat keuntungan. Kalau long term pun mudah. Beli emas hari ini, jual balik dalam tempoh 10 tahun, 20 tahun. Dijamin mendapat keuntungan!
Ada cara yang lagi best. Boleh refer, Maximize Profit Turun/Naik Harga Emas.
Dinar
Aku lagi berminat kumpul dinar. Mungkin sebab harga die aku mampu bayar dalam jangka masa pendek dan spread rendah. Harga dinar RM450 (2009), RM550 (2010), RM650 (2011), RM750 (2012). Bestnya kalau harga dinar emas naik RM100 tiap2 tahun!
![]() |
| 10 Dinar PG |
(Selingan: Dinar adalah emas 916 seberat 4.25g. Sangat sesuai untuk urusniaga Islamik kerana telah digunakan sejak zaman Nabi lagi)
![]() |
| Dinar & Dirham Restu |
Kumpul emas sebagai tabungan
Aku sangat berminat untuk membeli dan mengumpul emas. Sebab? Aku sangat liat menabung. Kalau aku simpan duit, confirm hujung bulan aku amik balik duit tu. Aku tak malu nak mengaku sebab kebanyakan orang pun macam tu... :p
So, dengan cara aku kumpul emas, ianya akan melambatkan aku untuk aku pakai emas tu. Sebab emas tu nampak cantik dan sayang untuk aku jual balik. Walaupun proses tak rumit untuk jual, tapi memang kita akan rasa nak simpan aje emas.
Kebanyakan negara kini mula mengumpul emas sebagai tabungan negara jika negara dilanda masalah kewangan atau inflasi seperti yang berlaku pada tahun 1997. Malaysia ada menyimpan emas, tapi separuh telah digunakan untuk membayar hutang.
Kesimpulan
Selalu orang kata, "harga emas dah mahal." Memang la mahal. Tapi aku ingat lagi Husain cakap ngan aku, Hari ni mahal, tahun depan Mahal+RM30. Tahun 2014 lak, Mahal+RM30+RM30. Beli emas tak pernah rugi. Bila nak beli adalah sekarang. Sentiasa beli emas. Sentiasa juga kumpul duit untuk beli emas.
Aku bukanlah dealer emas. Tapi aku berkongsi sebagai kawan sahaja. Taktau la kalau akan datang aku jadi dealer. Cuma satu matlamat aku sekarang ni, "Aku bukan nak mengumpul kekayaan, tapi cukuplah sekadar anak aku tak kenal PTPTN..."
p/s: Kebanyakan catitan aku, aku dapat input hasil dari aku menghadiri Seminar Emas di PG Kuching Sarawak pada 21 April 2012. Selain dari itu, adalah coretan aku sendiri. Semua gambar bukan gambar aku tapi aku amik hasil carian di google dari website2 orang lain. Link2 juga aku dapatkan dari website orang lain terutama dari www.publicgoldsarawak.com






















