Rabu, 11 April 2012

HARGA MINYAK MALAYSIA: PERBANDINGAN DENGAN HARGA MINYAK NEGARA-NEGARA DI DUNIA

Aku sering membaca, terbaca dan terpaksa baca mengenai perbandingan harga minyak di Malaysia berbanding negara-negara lain di dunia. Biasanya dibandingkan harga minyak dengan negara-negara pengeluar minyak lain yang mampu memberikan harga jauh lebih rendah daripada Malaysia. Contohnya, perbandingan antara Malaysia (RM1.90/liter) dan Venezuela (RM0.07/liter).

Manakala, media massa sering membuat perbandingan dengan negara-negara jiran yang menawarkan harga yang jauh lebih tinggi. Tapi kita sering mempertikaikan perbandingan harga dengan negara jiran kerana sudah tentu negara jiran bukanlah negara pengeluar minyak utama di dunia. Termasuk aku yang sakit telinga bila mendengar dan sakit mata bila membaca perbandingan tidak masuk akal seperti ini.

Oleh itu, untuk 'menyedapkan' hati aku, aku telah luangkan sedikit masa (takde la sedikit pun...) untuk membuat analisa dan statistik aku sendiri mengenai harga minyak dunia, dibandingkan dengan Malaysia.

Statistik ini aku buat berdasarkan pertimbangan berikut:
  1. Berdasarkan minyak RON95 sahaja.
  2. Perbandingan dengan negara-negara yang menawarkan harga lebih murah, harga yang lebih kurang sama dan harga yang mahal sedikit dari Malaysia. Dimasukkan dalam senarai ini adalah 25 negara termasuk 3 negara yang sering dibuat perbandingan oleh media massa iaitu Singapura, Thailand dan Filipina (Jadual 1).
  3. Perbandingan harga minyak dengan 30 negara utama pengeluar minyak dunia (Jadual 2).
  4. Menyertakan sekali jumlah kenderaan di setiap negara yang tersenarai berdasarkan setiap 1000 orang (asalnya nak guna berdasarkan keluasan negara, tapi macam tak logik pulak).
Jadual 1 di bawah ini adalah perbandingan harga (25 negara termasuk Singapura, Thailand & Filipina) bagi negara yang menawarkan harga lebih murah, harga yang lebih kurang sama dan harga yang mahal sedikit dari Malaysia.

Jadual 1
 Berdasarkan Jadual 1, Malaysia adalah negara ke-15 minyak termurah di dunia. Mungkin aku terlepas dua tiga negara yang lebih murah tak dimasukkan dalam senarai ini. Tapi Malaysia masih negara termurah atau agak murah.

Tak perlulah kita memandang terlalu jauh dengan negara-negara seperti Venezuela yang menduduki tempat ke-11 negara pengeluar minyak dunia dengan harga minyak RM0.07/liter, Arab Saudi (ke-2; RM0.40/liter) atau Libya (ke-17; RM0.52/liter) (mungkin harga minyak di Libya telah naik disebabkan percubaan merampas minyak oleh Amerika Syarikat dan sekutunya), tapi kita mungkin boleh lihat pada negara-negara seperti Turkmenistan (ke-41; RM0.58/liter) atau Bahrain (ke-63; RM0.64/liter).

Mungkin lebih sesuai kita membuat perbandingan dengan negara-negara yang hampir dengan pengeluaran minyak Malaysia (ke-27) seperti Mesir (ke-28; RM0.95/liter) atau Ecuador (ke-30; RM1.35/liter). Atau lebih hebat lagi, kita buatlah perbandingan dengan Kemboja (RM1.93/liter - mahal 3 sen dari Malaysia) yang LANGSUNG TIDAK TERSENARAI SEBAGAI PENGELUAR MINYAK DUNIA DARI 116 NEGARA! Sudah tentu Kemboja juga negara jiran dan 'lebih miskin' dari Malaysia. Fikir-fikirkanlah...

Mungkin kerajaan lebih berminat untuk membuat perbandingan dengan negara-negara seperti Iran, Yemen atau Syria. Atau lebih dekat lagi, Thailand, Singapura dan Filipina!

Mari lihat Jadual 2 iaitu perbandingan harga bagi 30 negara utama pengeluar minyak dunia.
Jadual 2
Daripada 30 negara ini, Malaysia merupakan negara ke-12 menawarkan harga minyak yang murah. Seperti yang aku nyatakan sebelum ini, Malaysia perlu membuat perbandingan dengan Mesir, Ecuador atau mungkin juga Oman. Tapi mungkin kerajaan lebih berminat membuat perbandingan dengan Iran (ke-4), Mexico (ke-7), Argentina (ke-26), Rusia (Pertama), Amerika Syarikat (ke-3), China (ke-5), Canada (ke-6) atau Brazil (ke-9). Ini kerana, negara-negara yang disebutkan tadi menawarkan harga yang lebih tinggi, malah ada yang jauh dan berkali-kali ganda lebih tinggi dari Malaysia.

Mungkin maklumat tentang beberapa negara telah berubah disebabkan pergolakan dalaman negara-negara tersebut.

Kita lihat pula jumlah kenderaan per kapita bagi Malaysia. Malaysia merupakan negara ketiga tertinggi yang mempunyai jumlah kenderaan bagi setiap 1000 orang. Setiap 1000 orang, kita mempunyai 641 kenderaan. Aku melihat statistik ini dari dua laman web. Walaubagaimanapun, hanya satu laman web aku gunakan iaitu http://www.nationmaster.com/red/graph/tra_mot_veh-transportation-motor-vehicles&b_map=1 kerana laman web ini menyenaraikan jumlah bagi semua jenis kenderaan berbanding laman web ini http://en.wikipedia.org/wiki/List_of_countries_by_vehicles_per_capita yang tidak menyenaraikan motosikal. Kita sedia maklum, Malaysia mempunyai ramai penunggang motor. :)

Amerika Syarikat adalah yang tertinggi iaitu 765 diikuti Luxemborg (686).

Statistik ini amat mengejutkan aku. Tak sangka Malaysia menduduki tempat ketiga. Bila fikirkan balik, memang ada logiknya di mana, kebanyakan rakyat Malaysia yang telah berkeluarga mempunyai 2 buah kereta. Kalau kaya, 3-5 kereta malah ada yang lebih. Kebanyakan keluarga juga mempunyai motosikal.

Jumlah penduduk Malaysia adalah 27,000,000. Berdasarkan statistik ini, Malaysia mempunyai 17,307,000 kenderaan. Dengan jumlah kenderaan yang ada dan jumlah kenderaan bagi setiap 1000 orang, Malaysia merupakan negara yang banyak menggunakan minyak.

Mungkin kita boleh fikirkan, sebagai pengeluar minyak utama dunia, sepatutnya harga minyak lebih murah. Tapi dengan jumlah penggunaan minyak yang tinggi di Malaysia berdasarkan jumlah kenderaan adalah alasan yang sesuai bagi harga minyak yang ditawarkan sekarang.

Apa yang aku faham, minyak Malaysia dieksport keluar negara kerana kualitinya, dan Malaysia sendiri mengimport minyak (yang lebih rendah kualitinya), untuk kegunaan rakyat. Tapi sejauh mana kebenaran itu, aku belum jumpa lagi faktanya (malas nak cari).

Dan pendapat aku bagi negara-negara yang menawarkan harga minyak rendah kepada rakyat, mereka menyalurkan minyak di negara masing-masing kepada rakyat terlebih dahulu, sebelum dieksport. Oleh itu, mereka dapat mengawal sendiri harga minyak dan tidak bergantung pada harga minyak dunia.

Mungkin sepatutnya, Malaysia menggunakan sepenuhnya hasil jualan minyak negara untuk tujuan subsidi kepada rakyat atau lebih baik, menyalurkan dahulu minyak kepada rakyat dan bakinya baru dieksport. Barulah boleh berpegang teguh kepada rakyat didahulukan.

Apa-apapun, tepuk dada tanya selera. Ini sekadar pandangan aku sebagai seorang rakyat Malaysia. Apa-apa yang aku nyatakan disini berdasarkan fakta yang aku cari di beberapa laman web dan berdasarkan pendapat aku dari fakta-fakta yang aku cari tadi.

Mungkin terlebih terkurang, korang tambah dan tolak lah sendiri. Feel free to comment....

Laman web bagi fakta-fakta diatas:
http://en.wikipedia.org/wiki/Gasoline_and_diesel_usage_and_pricing
http://en.wikipedia.org/wiki/List_of_countries_by_oil_production
http://www.nationmaster.com/graph/tra_mot_veh-transportation-motor-vehicles
http://en.wikipedia.org/wiki/List_of_countries_by_vehicles_per_capita
http://finance.yahoo.com/currency-converter/

4 ulasan:

  1. harga minyak di Russia boleh tahan juak walaupun kedudukan no 1 keluaran dunia...

    BalasPadam
  2. maybe sbb negara besar... kenderaan gik byk. tapi msia mmg hebat... negara kecik tapi kita ada 17 juta kenderaan!!!

    BalasPadam
  3. salam, walaupun sudah tahun 2013, rasanya analysis ringkas ini masih valid. Syabas!
    Boleh email kan kepada saya sheet excel yang encik buat. Saya berminat untuk buat analysis selanjutnya.
    Terima kasih.
    email: budakfedawr88[at]gmail[.]com....

    BalasPadam