Jumaat, 3 Februari 2012

Pertandingan Berat Badan Ideal 2012

Dalam hujung tahun lepas, aku ada menghadiri Bengkel di UiTM Shah Alam. lokasi seperti biasa di Menara SAAS. mungkin ada yang tahu atau tidak tahu, menara 14 tingkat tu (tak silap aku) ada 4 lift. masa aku pergi sana, 2 lift sedang dibaiki dan 2 lift sahaja yg berfungsi. so, lift tu boleh dikatakan sentiasa penuh dengan orang terutama pelajar.
Untuk mudahkan aku, aku ni merajinkan la diri untuk panjat tangga je. tak jauh pun. dari tingkat 2 hingga tingkat 5 atau 6 (lokasi Pejabat Infotech). datang pagi, panjat tangga, tengahari panjat tangga juga. at least 2 kali sehari. so, selama 3 hari berkursus tu, terasa letihnya naik tangga yang tak seberapa tu... (tak seberapa bagi orang2 yang slim...)
Bila dah terkena macam ni, barulah terasa, "aku dah makin gemuk! oh tidak! oh no!!!" (macam maksud PROTON - Powerwindow Rosak Oh Tidak! Oh No! - just selingan... ^^)
aku pun cerita la pada Shamsuri Awang Seman. semua tahu (kalau tak tahu buat2 la tahu), abg sam ni seorang yang jaga pemakan, jaga badan & jaga fitness. apa lagi, bila dah cerita dengan dia, 2 jam aku kena ceramah / nasihat dengan dia.
Banyak la dia bagi tips kat aku, beritahu aku tentang cara pemakanan yang betul, jaga kesihatan yang betul & macam2 lagi... siap dia pinjamkan aku satu buku fitness cara orang Asia.

Inilah buku yang abg Sam pinjamkan pada aku
Dapat je buku ni, aku start la baca. memang buku ni sangat membantu bagi orang yang sedang mengalami overweight macam aku.
Balik dari UiTM Shah Alam, ada la aku meng'kesah'kan sedikit dengan Aima. dia plak bagi idea untuk buat Pertandingan Berat Badan Ideal 2012. Boleh dikatakan, hampir semua staf Unit IT ni berat badan adalah saiz Ideal. Ada 2, 3 orang yang boleh dikatakan underweight dan selebihnya overweight & obesiti.
aku boleh tunjuk banner je... yang bawah tu peribadi
Aku pun cakap dengan Aima, ok juga idea tu. so, pada bulan 12, bermulalah timbangan yang pertama. aku plan untuk buat sehingga bulan Mei 2012 (tempoh 6 bulan). kalau nak continue lagi bagus juga. Season 2...
So, pertandingan ni akan dilaksanakan dengan mana2 yang underweight, akan cuba naikkan berat badan, mana2 yang ideal akan kekalkan berat badan dan mana2 yang overweight atau obes akan cuba turunkan berat badan. Alhamdulillah, pertandingan ni mendapat sokongan menyeluruh dari staf Unit IT. semua memberi kerjasama.
nak dapatkan yang sebelah kiri...
Bila start je pertandingan ni, memang nampak ada staf2 yang semakin aktif ke gim, bersukan dan lain-lain termasuk la aku... dah lama tak turun gim, aku pun turun ke gim. aku just pergi gim untuk treadmill sahaja pun... kadang-kadang je buat weight lifting. lagi satu exercise perut, tidak dilupa...
kalaulah dapat beli & letak kat rumah satu kan best...
Setiap awal bulan, kami akan timbang berat badan. untuk bulan februari ni, adalah kali ketiga semua yang terlibat timbang berat. berat diambil, tinggi pun diambil dan BMI pun dikira.
Ni memang cara terbaik untuk aku encourage diri aku bagi mendapatkan berat badan ideal. aku rasa rindu dengan berat lama aku masa Diploma dulu. dapat badan macam masa aku Degree pun dah cun...
Masa Diploma. rasanya tahun 2002


Masa Degree. aku, depan 2 dari kiri
Hadiah? tiada hadiah disediakan. tiada bajet! tapi bagi aku, dapat turunkan berat badan adalah hadiah yang cukup bermakna. kalau dapat turun, aku happy dan aku dapat happykan orang sekeliling aku.
Satu-satunya timbang yg digunakan utk pertandingan ini

Kadang-kadang naik boring dengar orang cakap, "eh, farid! ko macam makin naik je..." adeh2... sakit telinga. tapi nak wat camne, punca dari aku juga yang jadikan orang tanya soalan macam tu.
Tapi Alhamdulillah, atas usaha ni, ada juga orang cakap, "eh, farid! aku rasa macam ko dah kurus sikit la..." lega hati den dongar eh...^^
Aku harap aku dapat teruskan usaha ni & tak putus asa. jangan sampai bulan Mei nanti, badan kembali pada 'asal'!!!
kepada kawan-kawan semua, doakanlah kejayaan aku dan rakan-rakan lain untuk mendapat berat badan ideal dan menjaga kesihatan...


4 pengkomen:

  1. wah bagus2...kecikkan sikit badan....aku pun nampak ko dah gemok...ops....!!!.....tak per...itu tandanya hati senang kan?.....

    BalasPadam
  2. bermula la kisah..
    s:bos, g gym juh..
    f:okeh..

    sampai umah, nak g gym balik..
    s:bos, mana??x sampai lagi ker??
    f:mls la bila dah tgk katil..rs nak baring je..
    s:huh..

    hahahaha..selingan ajak.. ^^

    BalasPadam
  3. ad: kalo aku dah kurus sok, ko jgn tergoda lak... hahaha...
    ejan: jgn cita kat sini... huhuhu...

    BalasPadam
  4. aku rasa aku makin tembam..tapi apsal berat stil maintenance..hehehe..angin kot...

    BalasPadam